Wednesday 27 July 2011

Yey Yey esok pegi Sabah!

Saya sgt menunggu tarikh 28.7.2011 as we're all going to KK, for a vacation! woott woott!! 5 hari kat sana. best best best. Tapi kira2 balik, ade 2 hari nk bejalan pun, sebab 1 aug tu dah puasa, larat ke nk jenjalan?larat? Tak kisah la yg penting vacation kali ni going to be funfunfun (mcm rebecca black) sbb bersama suami! heh. xpernah naik ketebang dgn dia! wow. gayat jap bleh?

Ckp sabah je aku mesti ingat pulau. Biasala, island-lover. Of course Sabah has many cool islands to offer. Sipadan, Manukan, Sapi, Gaya. eh byk la xkuasa nak tulis satu-satu. Hopefully program planner(abang aku) dah taruk "pergi pulau" as one of the activities. I'll make sure he did that kalau x, aku merajuk hentak2 kaki!

Tak sabar nak naik bot kecik2 loncat2 pakai life-jacket,pastu ade water splashing kat tepi bot, amik gmbr dgn hubby, dgn siblings with shades on, waahh. gonna be funfunfun!!

Sunday 17 July 2011

No Show tag in jobstreet

Pernah dengar No Show tag dekat jobstreet? xpernah?ala..ade..cer check btol2..prior clicking apply button, ade prompt message yg bunyi camni,

Interview Attendance Policy
1.
I will attend all confirmed interviews to avoid the "No Show for Interview" tag, which can be put on me by an employer.
2.
I agree that the tag will be attached to my account, and any remaining record can be viewed by other employers.

(copied sebijik-sejibam from jobstreet)

Yang ni la maksud no show tu. Let say korang pnah xdtg interview yg dah di set kan tu, and xreti pulak nk btau potential employer yang korang xdpt nk dtg, action ini la yg employer amik. Diorang akan tag a no show history dkt akaun jobstreet korang. Tu kalau sekali, kalau dh byk no show dlm akaun jobtreet korang tu, makanya(bunyi indon skit ye), mmg lg low la chances nak dpt interview in future. Haa kan dah ada bad impression tu.

Memandangkan aku pnah buat benda yang sama,(twice!!), huu, dengan cuak nya aku meng-google mcmana nk check kalau2 kita ni dah di tagged no show. Ok, here's the answer.

My Jobstreet > My Application.

Under My Application tu, dia tunjuk bape byk jobs korg dh apply la. Lagi byk means lg desperate la korg, gagaga. ok back to the topic. Dkt sinila boleh check ade no show tag ke tak dkt jobstreet kita tuh. Scroll la dkt jobs yg agak2 korg xdtg, igt tarikh lg bagus. Bkn tarikh interview da, tarikh jobs ads tu, make sure dkt ads yang betul, employer yg betul. Kalau ada employer tu tag no show, adela tag tu kat tepi ads yang korang gedik xdatang tu. Kalau xde, nasib uols baik sebab employer tu too bz to tag no show kt korag, hee.

And as for my case, aku nk berterima kasih dkt bott employer yg sgt baik hati itu kerana tidak mengetag no show walaupun smpai skrg aku xcall diorang n explain kenapa aku menggedik xdtg interview2 itu. huuhuu nasib2.

Lesson learned, xmau xdtg interview lagi da!

Monday 11 July 2011

Air Asia Menggila Lagii

Jom borong tiket. Air Asia ada buat promo 'Thank You" sale. Travel next year. Aku n hubby bought one! hehehe to Bandung. Let's shop till we drop!

Sunday 10 July 2011

Pasal pinggan pun nak post? Memang sah xde keja

Semalam aku pergi Ikea. Terbelek2 pinggan (tujuan sebenar adalah non stick pan). Ternampak pinggan yang cantik. Cantik bagi aku la, kalau nenek aku tgk belum tentu dia ckp cantik! :p Harga RM20 sebiji kot kalo xsilap. Mcm nak beli, tapi aku pikir2, pinggan2 hadiah kawin pun x habis guna lg, plus xkan nak beli sebiji je kot? Paling2 pun kene borong 1 dinner set. So xjadi amik pinggan tu. Lebih kurang gini laa ropenye


kaler hitam camni pun cara ni..


Memangla it is just a pinggan. Pempuan kan, dah nature nya mmg ada nafsu membeli. Lagi2 yang dah kawin n slalu ke dapur. Aku masa mude remaja dulu mmg xlalu lah section2 pinggan ni. hehe. Kalo lalu pun sebab nk melintas gi tempat lain seperti toilet. *Tetiba

Lagipun kalau ada pinggan2 cantik ni, makanan yg simple pun jd nmpk macam sedap. Food presentation is also the key in attracting people to eat it(gaya jury program Masterchef Australia). Cube korang tgk ni plaks


Slrrrpppp.

Nanti dah ada rumah baru kitchen baru, mesti nak camni! mesti mesti! hehe. Nak standardize semua dinner set, drink set sume 1 color. Xmau ada mix2. hehe. berangan kuat niiee.

Friday 8 July 2011

Apam balikk!!!

3 hari di kampung. bersama wan(nenek) yang sometimes too adorable. hehe.

Kali ni nak share resepi apam balik. haritu aku balik kampung, ajar wan resepi ni. Dia sangat, sangat excited bila jadi.hahaha.

Resepinya? Easy Peasy!! Cekiddouutt ;

Mangkuk 1:
2 cawan tepung gandum
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cwn gula
sedikit garam (untuk seasoning)

Mangkuk 2:
2 cawan susu segar,( ATAU 1 cawan susu cair + 1 cawan air kalau xde susu segar)
2 biji telur
1/2 cawan minyak


Cara2:
Gaulkan semua bahan dari dua2 mangkuk ni. Jadi mcm bancuhan gitu.

Dengan menggunakan flat non-stick pan, curah adunan. Buat tebal mcm apam balik jual kt pasar mlm tu.

Tunggu sampai ade buih2, taburkan jagung atau ape2 flavor(my case, i guna coklet/kaya)

Pastu, tadaaaaa~~

Wednesday 6 July 2011

kejutan buat uwan

Hubby went to Miri for 2 days training.

Oleh yang demikian, saya balik Bahau( which is the place i grew up ) untuk berjumpa insan yang membesarkan saya sejak saya baby.

Tapi dia xtau.

He He He.

Skadot ni lmbt sgt siap, sempat lg aku buat 1 entry ni. ciSS

Ok la kite cite pasal wan la nak? nak la nak la. Panjang cite dia nape aku dibesarkan di sana, xduduk skali ngn adik beradik lain. nnt ade jeki kite cte psl tu. ok tajuk harini ini, mcmana nenek2 kt melesia ni terbela cucu diorang sampai besar? heheh.

Senang je. Mostly case2 mcm ni parents mintak tlg mak diorang jagakan anak diorang, for any specific reason. Mula2 janji kejap je, 2 minggu. Nanti amik balik budak tu. Tapi, si nenek kebiasaannya akan mintak extend jaga sbb alasan2 yang menyentuh hati, contohnya, eh aku da tgk budak tu dlm kelambu hari2, xsampai ati la pulak nk pulang kan budak tu. Tunggu la dia besar sikit, nnt korang amik la.

Next trial mak bapak nak amik, si nenek cakap, la..budak ni baru nk sekolah, alang2 biarla dia skolah dulu.. Nanti dah besar2 amik la.

and it gets longer, and longer, and longer....


Sampailah budak tu besar dan nak kahwin! haaa


Itula yg jadi kt aku sbenanye. hehe peace!!!!!



Jeng Jeng Jengggg.

Monday 4 July 2011

Let's talk fashion

Macam2 pesen(fashion-nenek aku punya version) !!

Cer korang try jalan2 KL or mana2 big city kt Msia ni. Mcm2 gaya ada, from hip to groove, vintage,funky, urban, tradisional, chic, datin-y(hanbag xkena dgn umur yg muda, leopard-printed blouse), eh macam2 lah, u name it. Aku pun tatau sgt. And not forgetting yang bertudung. Lilit? Sangkut-gitu-je? Ikat tepi? Tudung saji je xnampak! Except for one of Dato Siti's pic LITERALLY wearing tudung saji spotted on google T_T


Hehe. Ada disclaimer abt this pic. Some said this was photoshopped, apa-apalah ;D


For those who knows me, they know i am NO fashionista. I like it simple, tp xla too outdated. Tgk mood laa. (As if u really want to know this fact kan? Bluewekk xnak tau sudah name kau dolah ni blog aku, skatilah! wah, ter-rhyme lah pulak kan. hehe).

Reason being, if u style up too much, u will attract the public attention, and i don't really enjoy those attentions. (Eeww perasan lah ana). Tapi logik laa kan, we girls suka tgk pompuan yg lalu kt sebelah kita, i mean kalau dia bergaya skit la. Jeling2 je gitu. Haa kan? kan? admit cpt! Dan tak lupa juga kat mamat2 yang mmg fitrah nya suka tgk awek T_T.

But i believe this whole fashion thing related sgt dgn lifestyle kita. If u're an actress ke, model deodorant ke, logic la kan bergaya je all the time. Dah public figure katanye. Kang gi KLCC pakai tracksuit n oversized tee kang, masuk melodi terjah pulak. *tetiba*. Tapi kalau dah aku yang housewife ni, dan xlah bersosial mana, agak pointless nk bergaya lelebih ni. Kang ada soalan2 yang memalukan seperti; "ni nak gi mana lelawa ni?" ataupun, "show/photoshoot pukul brp nie? " T_T

I mean kamonn, sape xsuka fashion kan? Perempuan is sooo into fashion. Tapi aku belum lagi sampai ke tahap yang extreme yg macam kt bwh ni.

P/S, ini bukan kutukan.



errr....nasib baik muke kakak ni lawa. hehe.




Macam2 style lg lah! Tak salah pun nak bergaya, kan? Janji happy. Ignore what others have to say.

Cume aku je belum ade kekuatan nak pakai ranggi2 sgt ni. Lagipun kang over sgt kang, nanti in future, masa dah ada anak cucu, bila keluar gmbr2 lama, masa tu nnt diorang duk bantai gelak apa yang trendy sgt masa ni. Mcm kite gelakkan gmbr2 spek besar zaman mak ayah kite dulu. heeee


Everyone has their own style kan, do it your way!


Bile la aku nak pakai camni, kompom mak mertua aku suke. ngeh3

Friday 1 July 2011

Pajama pants, pajama pants!

Sape yang xnak tido dgn memakai baju tido/seluar tido yang comel?funky?adorably cute?mempesona?anggun?

WHO DOESN'T????

Ok la aku emo ni sbb tadi ptg saje jalan2 kt shopping mall cuci mata,bukan cuci mata lain ehh. Uols ni kan..Nak cuci mata kalau ada baju/blouse yg berkenan di hati, igt nak beli. Pastu ter-lalu kat section baju2 tido. Ok la aku pun jalan2 tgk. Belek2.hm. Belek2 lagi. Dahi pun semakin berkerut without me noticing it.
Kenapa eh? hmmmmm.....

Oh simply because those lousy pants were freaking expensive !

Yang aku tak berapa nak berkenannya;

1. Quality out! cotton jarang2 je pastu harga nk mahal .
2. Branded? Nooo lah!!
3. X lah comel mana pun.

Kenape mahal2 sgt nie. Are we consumers been fooled or memang itu harganya?

Disebabkan malas nak menganalisa kenape pulak seluar2 tido tu mahal,aku terus pasang angan2 kecil nak jahit seluar tido sendiri. hehehehhe. yeaahh, sila gelak.

So googling some of the how-to videos in sewing the PJs, aku bole conclude la, xla susah mane pun. cewahh. (ha eksen!eksen! pastu xbuat!!) Provided that ada mesin jahitnya, ada kainnye, and above all, ada semangat nya! ahakss

Click here to see the methods:


Dan ini jugaa :


Tapi kalau dpt buat yg mcm ni, betapa happy nye lahh teman;


Ini pun awesome! hehe. kalau berjaya buat ni nk pose sbijik camnih n post kt blog! haa amik


Alaa...tp aku tade mesin jahit la..camne ek? takkan nak suruh laki aku beli mesin jahit semata2 nak pi jahit suar tido kot. Bole sakit jantung laki aku. hahaha.

Xpe lah ana, one fine day!!