Wednesday, 27 July 2011

Yey Yey esok pegi Sabah!

Saya sgt menunggu tarikh 28.7.2011 as we're all going to KK, for a vacation! woott woott!! 5 hari kat sana. best best best. Tapi kira2 balik, ade 2 hari nk bejalan pun, sebab 1 aug tu dah puasa, larat ke nk jenjalan?larat? Tak kisah la yg penting vacation kali ni going to be funfunfun (mcm rebecca black) sbb bersama suami! heh. xpernah naik ketebang dgn dia! wow. gayat jap bleh?

Ckp sabah je aku mesti ingat pulau. Biasala, island-lover. Of course Sabah has many cool islands to offer. Sipadan, Manukan, Sapi, Gaya. eh byk la xkuasa nak tulis satu-satu. Hopefully program planner(abang aku) dah taruk "pergi pulau" as one of the activities. I'll make sure he did that kalau x, aku merajuk hentak2 kaki!

Tak sabar nak naik bot kecik2 loncat2 pakai life-jacket,pastu ade water splashing kat tepi bot, amik gmbr dgn hubby, dgn siblings with shades on, waahh. gonna be funfunfun!!

Sunday, 17 July 2011

No Show tag in jobstreet

Pernah dengar No Show tag dekat jobstreet? xpernah?ala..ade..cer check btol2..prior clicking apply button, ade prompt message yg bunyi camni,

Interview Attendance Policy
1.
I will attend all confirmed interviews to avoid the "No Show for Interview" tag, which can be put on me by an employer.
2.
I agree that the tag will be attached to my account, and any remaining record can be viewed by other employers.

(copied sebijik-sejibam from jobstreet)

Yang ni la maksud no show tu. Let say korang pnah xdtg interview yg dah di set kan tu, and xreti pulak nk btau potential employer yang korang xdpt nk dtg, action ini la yg employer amik. Diorang akan tag a no show history dkt akaun jobstreet korang. Tu kalau sekali, kalau dh byk no show dlm akaun jobtreet korang tu, makanya(bunyi indon skit ye), mmg lg low la chances nak dpt interview in future. Haa kan dah ada bad impression tu.

Memandangkan aku pnah buat benda yang sama,(twice!!), huu, dengan cuak nya aku meng-google mcmana nk check kalau2 kita ni dah di tagged no show. Ok, here's the answer.

My Jobstreet > My Application.

Under My Application tu, dia tunjuk bape byk jobs korg dh apply la. Lagi byk means lg desperate la korg, gagaga. ok back to the topic. Dkt sinila boleh check ade no show tag ke tak dkt jobstreet kita tuh. Scroll la dkt jobs yg agak2 korg xdtg, igt tarikh lg bagus. Bkn tarikh interview da, tarikh jobs ads tu, make sure dkt ads yang betul, employer yg betul. Kalau ada employer tu tag no show, adela tag tu kat tepi ads yang korang gedik xdatang tu. Kalau xde, nasib uols baik sebab employer tu too bz to tag no show kt korag, hee.

And as for my case, aku nk berterima kasih dkt bott employer yg sgt baik hati itu kerana tidak mengetag no show walaupun smpai skrg aku xcall diorang n explain kenapa aku menggedik xdtg interview2 itu. huuhuu nasib2.

Lesson learned, xmau xdtg interview lagi da!

Monday, 11 July 2011

Air Asia Menggila Lagii

Jom borong tiket. Air Asia ada buat promo 'Thank You" sale. Travel next year. Aku n hubby bought one! hehehe to Bandung. Let's shop till we drop!

Sunday, 10 July 2011

Pasal pinggan pun nak post? Memang sah xde keja

Semalam aku pergi Ikea. Terbelek2 pinggan (tujuan sebenar adalah non stick pan). Ternampak pinggan yang cantik. Cantik bagi aku la, kalau nenek aku tgk belum tentu dia ckp cantik! :p Harga RM20 sebiji kot kalo xsilap. Mcm nak beli, tapi aku pikir2, pinggan2 hadiah kawin pun x habis guna lg, plus xkan nak beli sebiji je kot? Paling2 pun kene borong 1 dinner set. So xjadi amik pinggan tu. Lebih kurang gini laa ropenye


kaler hitam camni pun cara ni..


Memangla it is just a pinggan. Pempuan kan, dah nature nya mmg ada nafsu membeli. Lagi2 yang dah kawin n slalu ke dapur. Aku masa mude remaja dulu mmg xlalu lah section2 pinggan ni. hehe. Kalo lalu pun sebab nk melintas gi tempat lain seperti toilet. *Tetiba

Lagipun kalau ada pinggan2 cantik ni, makanan yg simple pun jd nmpk macam sedap. Food presentation is also the key in attracting people to eat it(gaya jury program Masterchef Australia). Cube korang tgk ni plaks


Slrrrpppp.

Nanti dah ada rumah baru kitchen baru, mesti nak camni! mesti mesti! hehe. Nak standardize semua dinner set, drink set sume 1 color. Xmau ada mix2. hehe. berangan kuat niiee.

Friday, 8 July 2011

Apam balikk!!!

3 hari di kampung. bersama wan(nenek) yang sometimes too adorable. hehe.

Kali ni nak share resepi apam balik. haritu aku balik kampung, ajar wan resepi ni. Dia sangat, sangat excited bila jadi.hahaha.

Resepinya? Easy Peasy!! Cekiddouutt ;

Mangkuk 1:
2 cawan tepung gandum
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cwn gula
sedikit garam (untuk seasoning)

Mangkuk 2:
2 cawan susu segar,( ATAU 1 cawan susu cair + 1 cawan air kalau xde susu segar)
2 biji telur
1/2 cawan minyak


Cara2:
Gaulkan semua bahan dari dua2 mangkuk ni. Jadi mcm bancuhan gitu.

Dengan menggunakan flat non-stick pan, curah adunan. Buat tebal mcm apam balik jual kt pasar mlm tu.

Tunggu sampai ade buih2, taburkan jagung atau ape2 flavor(my case, i guna coklet/kaya)

Pastu, tadaaaaa~~

Wednesday, 6 July 2011

kejutan buat uwan

Hubby went to Miri for 2 days training.

Oleh yang demikian, saya balik Bahau( which is the place i grew up ) untuk berjumpa insan yang membesarkan saya sejak saya baby.

Tapi dia xtau.

He He He.

Skadot ni lmbt sgt siap, sempat lg aku buat 1 entry ni. ciSS

Ok la kite cite pasal wan la nak? nak la nak la. Panjang cite dia nape aku dibesarkan di sana, xduduk skali ngn adik beradik lain. nnt ade jeki kite cte psl tu. ok tajuk harini ini, mcmana nenek2 kt melesia ni terbela cucu diorang sampai besar? heheh.

Senang je. Mostly case2 mcm ni parents mintak tlg mak diorang jagakan anak diorang, for any specific reason. Mula2 janji kejap je, 2 minggu. Nanti amik balik budak tu. Tapi, si nenek kebiasaannya akan mintak extend jaga sbb alasan2 yang menyentuh hati, contohnya, eh aku da tgk budak tu dlm kelambu hari2, xsampai ati la pulak nk pulang kan budak tu. Tunggu la dia besar sikit, nnt korang amik la.

Next trial mak bapak nak amik, si nenek cakap, la..budak ni baru nk sekolah, alang2 biarla dia skolah dulu.. Nanti dah besar2 amik la.

and it gets longer, and longer, and longer....


Sampailah budak tu besar dan nak kahwin! haaa


Itula yg jadi kt aku sbenanye. hehe peace!!!!!



Jeng Jeng Jengggg.